SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialan badan yang mentadbir, menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia.SPR bertindak untuk memastikan agar proses demokrasi Negara berjalan melalui pilihan raya yang adil dan saksama.SPR ditubuhkan dibawah Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan pada 4 September 1957.
Mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditubuhkan sebagai sebuah badan bebas yang mendapat kepercayaan awam dan dipertanggungjawabkan antaranya bagi menjalankan Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat, Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri dan Pilihan Raya Kecil Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Dasar utama SPR ialah untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini menerusi sistem pilihan raya yang adil dan saksama. Adalah menjadi tanggungjawab SPR bagi memastikan rakyat yang layak boleh memilih wakil mereka dalam mana-mana pilihan raya secara bebas.
SPR mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang Ahli yang lain yang mana seorang daripadanya adalah mewakili Negeri Sabah, seorang mewakili Negeri Sarawak, seorang mewakili kaum Melayu, seorang mewakili kaum Cina dan seorang lagi mewakili kaum India. Ahli-Ahli SPR adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja. Tempoh perkhidmatan mereka adalah sehingga mencapai umur 66 tahun.
Dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawab, SPR dibantu oleh sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang bertindak sebagai Ketua Pentadbir. Urus Setia SPR mempunyai Ibu Pejabatnya di Putrajaya dan 14 Pejabat Pilihan Raya Negeri di setiap negeri di seluruh negara.
Anggota SPR juga boleh diecat dibawah Fasal (4) Perkara 114 Perlembagaan apabila hilang kelayakan sekiranya aggota itu didapati :
a) Muflis yang belum dibebaskan
b) Memegang jawatan berpendapatan
c) Ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
SPR mengendalikan dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum adalah untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya kecil pula untuk memilih peganti apabila berlaku kekosongan dimana-mana Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
BILANGAN KERUSI/KAWASAN
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri) Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan
FUNGSI SPR
• Mengkaji dan membuat persempadanan bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri
• Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih
• Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
• Mendaftarkan calon-alon yang bertanding serta memastikan calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan
No comments:
Post a Comment