Thursday, 22 September 2016

SEJARAH PILIHAN RAYA


SEJARAH PILIHAN

 RAYA DI

 MALAYSIA




PRU PERTAMA(1959) 


Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 27 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 Julai, manakala hari pengundian ialah pada 19.Ogos. 1959. 

Keputusan PRU 1959, adalah seperti berikut:

·      Parti Perikatan (kini dikenali sebagai Barisan Nasional) : memenangi 74 kerusi. 
·        Parti Negara : memperolehi 1 kerusi 
·         Parti Islam Pan-Malaysia (PMIP)- kini dikenali sebagai PAS : memperolehi 13 kerusi 
·        Barisan Sosialis : memperolehi 8 kerusi 
·         Parti Malaya : memperolehi 1 kerusi 
·          Bebas : memperolehi 8 kerusi 



PRU KEDUA(1964)


Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 1 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 25.April. 1964.

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:


·       Parti Perikatan: memperolehi 89 kerusi. 
·      Parti Islam Pan-Malaysia (PMIP): memperolehi 9  kerusi
·       Barisan Sosialis : memperolehi 2 kerusi 
·       Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 2 kerusi
·        Parti Demokratik : memperolehi 1 kerusi 
·         Parti Tindakan Rakyat (PETIR) : memperolehi 1 kerusi 


PRU KETIGA(1969)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 20 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 5 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 10.Mei. 1969. Tempoh berkempen ialah selama 35 hari.

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:

-  Parti Perikatan : memperolehi 74 kerusi.
-  Parti Islam Pan-Malaysia (PMIP)- memperolehi 12 kerusi
-  Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 4 kerusi
-  Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) : memperolehi 13 kerusi
-  Parti Tindakan Demokratik (DAP) : memperolehi 13 kerusi
-  Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) : memperolehi 8 kerusi
-  Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP): memperolehi 5 kerusi
-  Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi
-  Parti Pesaka Sarawak (PESAKA): memperolehi 2 kerusi
-  Persatuan Cina Sabah (SCA) : memperolehi 3 kerusi
-  Bebas: memperolehi 1 kerusi


PRU KEEMPAT (1974)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 31 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 8 Ogos, manakala hari pengundian pula ialah pada 24. Ogos. 1974. Tempoh berkempen ialah selama 16 hari.

Keputusan PRU 1974, adalah seperti berikut:

·       Barisan Nasional : memperolehi 135 kerusi.
·  Parti Tindakan Demokratik (DAP) : memperolehi 9 kerusi
·  Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi
· Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS): memperolehi 1 kerusi


PRU KELIMA (1978)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 12 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Jun, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Julai. 1978. Tempoh berkempen ialah selama 17 hari.

Keputusan PRU 1978, adalah seperti berikut:

·    Barisan Nasional : memperolehi 130 kerusi.
· Parti Tindakan Demokratik (DAP) : memperolehi 16 kerusi
· Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi
· Pertubuhan Rakyat Sarawak (SAPO): memperolehi 1 kerusi
·  Bebas : memperolehi 2 kerusi


PRU KEENAM (1982)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 29 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 7 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 22. April. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari.

Keputusan PRU 1982, adalah seperti berikut:

·  Barisan Nasional : memperolehi 132 kerusi.
·   Parti Tindakan Demokratik (DAP) : memperolehi 9 kerusi
·   Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi
· Bebas : memperolehi 8 kerusi


PRU KETUJUH (1986)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 19 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Julai, manakala hari pengundian pula ialah pada 3. Ogos. 1986. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.

Keputusan PRU 1986, adalah seperti berikut:

-  Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi.
-  Parti Tindakan Demokratik (DAP) : memperolehi 24 kerusi
-  Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 1 kerusi
-  Bebas : memperolehi 4 kerusi


PRU KELAPAN (1990)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Oktober. Tarikh penamaan calon pula ialah 11 Oktober, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Oktober. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.

Keputusan PRU 1990, adalah seperti berikut:


·         Barisan Nasional : memperolehi 127 kerusi.
·         Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 20 kerusi
·         Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi
·         Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 14 kerusi
·         Parti Semangat 46 : memperolehi 8 kerusi
·         Bebas : memperolehi 4 kerusi


PRU KESEMBILAN (1995)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 6 April. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 25. April. 1995. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.

Keputusan PRU 1995, adalah seperti berikut:

·         Barisan Nasional : memperolehi 162 kerusi.
·         Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
·         Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi
·         Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 8 kerusi
·         Parti Semangat 46 : memperolehi 6 kerusi
·         Bebas : memperolehi 4 kerusi


PRU KESEPULUH (1999)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 10 November. Tarikh penamaan calon pula ialah 20 November, manakala hari pengundian pula ialah pada 29. Novemberl. 1999. Tempoh berkempen ialah selama 9 hari.

Keputusan PRU 10, pada tahun 1999, adalah seperti berikut:

·            Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi.
·            Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 10 kerusi
·            Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 27 kerusi
·            Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 3 kerusi
·            Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 5 kerusi


PRU KESEBELAS(2004)

Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 13 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Mac. 2004. Tempoh berkempen ialah selama 8 hari.

Keputusan PRU 11, pada tahun 2004, adalah seperti berikut:

·    Barisan Nasional : memperolehi 199 kerusi.
·    Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 12 kerusi
·  Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 6 kerusi
·  Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 1 kerusi
· Bebas : memperolehi 1 kerusi


PRU KEDUA BELAS (2008)

Merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 setelah parlimen Malaysia dibubarkan pada 13 Februari2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008. Akhirnya, Barisan Nasional masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) , Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Banyak calon UMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan , MIC dan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS. Gelombangbaru ini merupakan permulaan kepada rentetan fenomena politik di Asia seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia.

Keputusan PRU 12, pada tahun 2008, adalah seperti berikut:

·         Barisan Nasional : memperolehi 140 kerusi.
·         Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 28 kerusi
·         Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 23 kerusi
·         Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 31 kerusi
·         Bebas : memperolehi 1 kerusi


PRU KETIGA BELAS (2013)


Telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripadaParlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.
Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.

       Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali.

No comments:

Post a Comment