Thursday, 22 September 2016

MAKSUD & FUNGSI PILIHAN RAYA

MAKSUD PILIHAN RAYA

Pilihanraya sering dikaitkan dengan teori dan amalan demokrasi liberal di mana ianya merupakan salah satu saluran penglibatan politik. Pilihanraya boleh didefinasikan sebagai :
”proses di mana mereka yang diperintah itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang-undang.”
Dalam ertikata lain, pilihanraya ialah proses penglibatan rakyat dalam memilih wakil mereka untuk memegang mandat kuasa bagi membuat keputusan, membentuk dasar dan undang-undang mengikut kehendak masyarakat majoriti.  Pilihanraya juga dilaksanakan di berbagai peringkat iaitu di peringkat daerah, wilayah dan nasional.
Dalam pilihanraya di bawah sistem Parlimen seperti di Malaysia, ianya bertujuan untuk memilih kerajaan kabinet iaitu memilih ahli-ahli eksekutif atau ahli Parlimen di peringkat persekutuan dan ahli-ahli wakil rakyat di peringkat negeri.

PILIHAN RAYA

Malaysia salah satu Negara yang mengamalkan konsep pemerintahan Demokrasi Berpalimen.Satu daripada ciri utama Demokrasi Berpalimen ialah palihan raya.Dalam proses pilihan raya rakyat bebas memilih wakil-wakil Parlimen bagi menerajui pimpinan pemerintahanpusat dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negerisebagai pemimpin kerajaan negeri.Wakil yang dipilih bertanggungjawab untuk mendengar suara dan kehendak rakyat serta menjaga dan memperjuangkan kepentingan rakyat Pilihan raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikkan di sesebuah negara. Rakyat negara  ini telah melalui pengalaman pilihan raya yang banyak samada di peringkat persekutuan mahupun negeri. Malahan peluang membuang undi telah pernah dinikmat oleh rakyat negara ini sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1951 dan 1955.Pilihan raya di Negara ini diadakan setiap lima tahun sekali.Ia mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan olen Yang di-Pertuan Agong. 



FUNGSI PILIHAN RAYA

·         Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
·         Mengekalkan pucuk pimpinan
·         Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan
·         Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik
·         Memilih wakil-wakil untuk menerajui pemerintahan Negara

2 comments:

  1. Thank you so much!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak-banyak atas info ini. Sangat membantu saya.

    ReplyDelete