Thursday, 22 September 2016

PROSES PILIHAN RAYA

PROSES PILIHAN RAYA

PENAMAAN CALON

·         Pilihan raya diadakan  sekiranya ada calon didaftarkan untuk bertanding

·         Jika ada seseorang sahaja calon yang bertanding di kawasan pilihan raya itu , calon itu    diistiharkan menang tanpa bertanding

·         Seorang calon boleh bertanding atas nama parti atau persorangan sebagai calon bebas

·         Kertas penamaan calon akan dihantar sendiri kepada pegawai pengurus pada jam 8.00-10.00 pagi pada ari penamaan

·         Kertas penamaan calon akan dipamerkan pada jam 10.00-11.00 pagi

·         Wang deposit berjumlah RM 10,000 bagi kerusi parlimen dan RM 5000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri perlu diserahkan sebelum atau pada hari penamaan



KEMPEN PILIHAN RAYA

·         Kempen hanya boleh dibuat apabila selesai penamaan calon dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam

·         Calon dibenarkan membelanjakan wang untuk tujuan kempen

·         Parti politik dibenarkan membentang manifesto masing-masing

·         Deposit akan dipulangkan sekiranya calon menanggalkan sepanduk atau lain lain  dalam tempoh 14 hari selepas hari mengundi


PROSES MENGUNDI

·         Terdapat 2 jenis pengundian iaitu pengundi biasa dan pengundi pos

·         Pengundi pos melibatkan petugas pilihan raya , aggota polis dan htan , ahli panel dan  pegawai SPR .

·         Parti politik dibenarkan mengadakan bilik operasi 50 meter dari tempat mengundi

·         Barung SPR disediakan bagi menyemak nombor siri didalam daftar pemilih dan saluran prngundian

·         Pengundi akan menandakan ‘’X’’  sebelah nama calon yang dipilih dalam kertas undi dan dimasukan didalam kotak undi



                               
PENGIRAAN UNDI

·         Pengiraan undi dijalankan oleh ketua tempat mengundi

·         Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada semasa pengiraan undi iaitu :

(a)   Ahli dan pegawai SPR
(b)   Pegawai yang dilantik oleh SPR
(c)    Kerani mengira undi
(d)   Calon ,wakil dan ejen mengira undi bagi memastikan pengiraan undi dilakukan dengan adil , betul dan tulus.

·         Keputusan akan dikemukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat penjumlahan rasmi undi

                       
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

·         Calon yang mendapat undian terbanyak akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus

·         Parti yang menang dengan kelebihan kerusi majority akan membentuk kerajaan

·         Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana pihak

·         Petisyen pilihan raya akan dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas keputusan pilihan raya disiarkan dalam Warta.

·         Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab :
(a)   Sogokan ,peras ugut atau sebarang salah laku
(b)   Ketidakpuasan undang-undang dan peraturan pilihan raya
(c)    Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi  undang-undang yang dilakukan oleh calon atau ejen
(d)   Calon atau ejen didapati tidak layak menyertai pilahan raya

HAL LAIN

·         Semua dokumen berkaitan pilihan raya disimpan didalam peti khas selama enam bulan selepas pilahan raya.Peti hanya akan dibuka atas arahan Hakim Mahkamah jika terdapat kes petisyen

·         Penyata perbelanjaan pilihan raya perlu diserahkan dalam tempoh 31 hari selepas keputusan diwartakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri . Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah  AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA.





No comments:

Post a Comment